Cara Elak Bentan dan Pulihkan Bentan dengan Cepat

Bila kita seronok nak menghabiskan tempoh berpantang, hari demi hari dikira, tiba-tiba menjelang hari-hari terakhir, badan rasa lemah. Macam perlu berpantang semula. Sakit urat, demam dan kadang-kadang sampai tumpah darah. Ini antara tanda-tanda bentan terjadi.



Ini jugalah yang terjadi pada saya sendiri dan wanita yang tak sengaja terlanggar pantang semasa bersalin. Semasa tempoh berpantang, saya memang patuh amalan dan nasihat mak dan bidan. Walaupun saya tak makan jamu, saya tetap ambil supplemen menyebabkan badan cepat sihat dan cergas. Doktor pun mengesahkan kedudukan rahim dah kecut dan terletak pada kedudukan sempurna.

Tanda-tanda Bila Bentan Terjadi

Bila doktor sahkan peranakan saya dah pulih semasa checkup sebulan, saya terlebih seronok. Badan tak ada sakit urat dan lemah badan. Mungkin kerana supplemen yang saya amalkan juga. Bila menjelang hari ke-40, kami balik kampung dan saya ke pasar malam. Membeli air sejuk, makan bihun sup dan cucur jagung. Maklumlah nak meraikan tamat pantang. Apalah beza sehari tu kan. Tiba-tiba malamnya, saya rasa nak demam. Badan jadi seram sejuk. Terus rasa nak pakai stokin balik macam baru mula berpantang padahal tempoh berpantang sudah tamat iaitu hari ke-41.



Perut tak sedap dan rasa nak muntah dan membuang. Yang keluar hanya cecair dan angin. Sahlah saya sudah BENTAN. Akibat dari bentan ni, saya kena panjangkan tempoh berpantang saya semula. Pada mulanya saya berpantang di rumah sendiri. Bila dah nak habis pantang ni, baru pulang ke kampung nak kenalkan baby pada saudara mara tapi terpaksalah cancel sementara nak bagi badan cepat pulih.

Kalau ibu yang bekerja yang alami bentan, alamatnya kena extend tempoh berpantang. Itu kalau demam-demam urat tapi kalau sampai tumpah darah dan mengakibatkan hilang darah yang banyak, memang boleh kena tahan di hospital, terpisah sekejap dengan anak dan terpaksa prepare stok susu EBM berganda-ganda bukan ja untuk bekerja nanti tapi sepanjang admitted di hospital.

Cara Nak Elak Bentan

Pasti ramai ja ibu-ibu zaman sekarang tak ikut cara berpantang macam orang dulu. Ada yang sudah terpaksa memandu dan keluar rumah kerana suami bekerja dan anak bersekolah. Namun, petua ni kena juga ikut untuk elak bentan terjadi
  • jangan angkat barang terlalu berat.
  • jangan berjalan terlalu laju takut terlanggar benda dengan ibu jari kaki.
  • jangan makan makanan sejuk.
  • jangan makan makanan tajam.
  • jaga kebersihan ditempat luka untuk elak infection.

Bila Sudah Terjadi Bentan, Apa Cara Nak Pulih Cepat?

Bila badan jadi lemah, demam, urat berbisa dan sendi sejuk sampai menggigil, ini namanya Bentan Urat. Ini boleh jadi bila ibu aktif dan lasak. Bertangas atau wap panas herba dapat melegakan Bentan Urat.

Kadang-kadang tiba-tiba ibu sakit ari-ari walaupun pada mulanya dah baik pun. Keadaan jadi serius sampai tumpah darah bila Bentan Urat Peranakan terjadi. Keadaan ni boleh jadi akibat mengangkat barang berat, tersadung sampai jatuh terduduk atau tersepak ibu jari kaki. Bila tumpah darah, segeralah ke hospital untuk rawatan segera. 




Bentan Urat Besar iaitu urat buluh rahim yang melalui pinggul. Keadaan sering terjadi pada orang yang bersalin Caesar. Rasa lenguh dan sakit bahagian belakang badan dan tumit ni, boleh dibantu dengan dituam dengan pad berisi air suam atau tungku.

Bila bentan terjadi tak kiralah hari ke berapa berpantang, kita kenalah lebih berhati-hati. Supplemen yang saya amalkan juga membantu untuk pulih dari Bentan lebih cepat. Jika sebelum tu saya ambil 1 biji sehari semasa tempoh berpantang normal, bila dah bentan ni saya ambil lebih supaya cepat pulih. Ia selamat kerana badan memang menggunakan sepenuhnya dan bersifat semulajadi.

Apa Fungsi Supplement Yang Saya Ambil Untuk Pulih Dari Berpantang Dan Bentan?

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk biotin dan asid folik dengan kadar serapan tinggi maksudnya lebih mudah diserap badan. Jadi jangan pelik mengambil vitamin B jenama lain tak sama kesannya dengan vitamin B Shaklee yang pasti jauh berbeza. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf jadi membantu redakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia yang ibu berpantang dan bentan alami.

Ibu berpantang juga akan dapat manfaat b complex yang lain iaitu lebih bertenaga kerana b complex membantu tukarkan makanan menjadi tenaga, menggalakkan tumbesaran bayi secara sihat jika ibu menyusukan anak, elak rambut gugur dan cegah anemia dengan menggalakkan pembetukkan sel darah merah yang sihat.


Vitalea:

Istimewanya multivitamin ni sebab ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral dan adalah yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.

Memandangkan ibu berpantang sering terjaga untuk menyusu anak di malam hari dan makan pula kena berpantang, kemungkinan kekurangan nutrisi berlaku menyebabkan cepat letih. Multivitamin Shaklee membantu menampung kekurangan nutrisi itu, beri tenaga dan mencergasan minda.

Lebih malang, kalau ibu alami tumpah darah, bentan atau low hb. Pengambilan multivitamin Vitalea, membantu menambah darah dan menstabilkan bacaan hb.

Vitamin C:

Vitamin C Shaklee ni dirumus dengan bioflavonoid ok. Bioflavonoid ni memang secara semulajadi ada dengan tumbuhan yang bervitamin C untuk bantu keberkesanan Vitamin C dalam melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Malangnya banyak supplemen Vitamin C di pasaran tak disertakan dengan bioflavonoid ni.

Vitamin C juga membantu ibu berpantang untuk baik pulih luka jahitan dan dalaman rahim dengan lebih cepat. Jadi risiko untuk bentan dapat dikurangkan. Kalau Bentan juga lebihkan ambil vitamin C untuk tingkatkan imun badan dan bagi cepat pulih.


Ostematrix:

Kalsium dalam Ostematrix ni mampu bertahan dalam darah kita selama 12 jam selepas diserap. Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang bantu tingkatkan penyerapan kalsium. Kalau ibu berpantang masih lagi rasa kebas, kejang simptom yang selalu ibu mengandung alami.. wajiblah teruskan pengambilan Ostematrix semasa berpantang.

Kalsium sangat bagus memperbaiki kebas dan kejang, ringankan stress, mood swing, sakit kepada dan menggalakkan tidur yang nyenyak. Malah ibu menyusu kenalah tambah kalsium dalam menu harian sebab anak juga turun berkongsi kalsium yang sama.

Kalau alami bentan dan sakit2 badan, kalsium memberi ketenangan, mengimbangan tekanan darah dan menenangkan saraf.

ESP :

Pastinya ibu berpantang nak cepat pulih dari keadaan yang lemah. ESP tanpa kolestrol ni bantu beri tenaga, mengenyangkan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

ESP juga ada kandungan vitamin b dan kalsium selain protin yang mudah diserap badan. Pengambilan 2-3 kali sehari untuk ibu berpantang sangat disyorkan dan pasti ibu akan rasa berbeza dengan pengalaman berpantang yang lepas (jika ada). Luka dalaman terutama di rahim dan jahitan perenium, insyaAllah lebih cepat pulih sekaligus menurunkan risiko infection dan bentan. Ibu terasa seperti tidak berpantang ja walaupun belum tamat tempoh pantang 40 hari.


cara-cepat-pulihkan-bentan
Set Berpantang dan Pulih Bentan Segera


Untuk masa terhad dan eksklusif untuk pembaca Mysupervitamins, belian Set Berpantang dan Pulih Bentan ni akan disertai dengan E Book Panduan Berpantang! E book ini lengkap disertai dengan resepi-resepi best untuk ibu semasa berpantang.

Bagi yang inginkan pengalaman berpantang yang tenang dan pulih segera dari bentan, boleh segera whatapps atau sms 

"Order Set Berpantang dan Pulih Bentan " ke 013 488 2382



pengedar-shaklee-setia-alam
Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.