Macam Mana Nak Kira Kitaran Haid Wanita Supaya Dapat Merancang Hamil

Selepas membuat beberapa entry kesuburan, saya dihujani dengan soalan yang paling basic. Masalah utamanya adalah ramai wanita yang bukannya tak tau waktu subur tetapi tak tahu nak kira period cycle sendiri. Jadi, entry ni saya akan bantu ajar cara kira period cycle dahulu, barulah senang nak kira waktu subur dan cubaan untuk hamil.

Nak kira period cycle pun tak pandai, mana nak nak ada zuriat ni, Sentap tak?

Salah Tanggapan:

1. Bila bulan September datang 1hb, Oktober tak datang 1hb dah kata tak regular. Datang pada 2hb, kata period dia lewat. No no !

2. Bila bulan September datang 1hb, kemudian 29hb September datang lagi.. dah kata bulan lepas period saya datang 2 kali. Period saya tak regular.

Fakta Sebenar :


Period cycle memang tak sama dengan date setiap bulan. Sedangkan jumlah hari setiap bulan pun tak samakan. Macam mana pula date period nak sama setiap bulan.

Definasi Kitaran Haid:

Period cycle adalah pengiraan dari hari pertama period sehingga hari pertama period yang akan datang. Setiap hari dalam kitaran haid wanita, sesuatu berlaku dalam rahim kita macam dalam gambar bawah ni.
keadaan rahim semasa kitaran haid wanita
Apa sebenar yang berlaku sepanjang kitaran haid wanita.
Hari Subur tak sama setiap orang. Boleh refer entry ni untuk tahu tanda-tandanya.

Jom saya ajar kira kitaran haid sendiri!

Contoh pertama:

Kalau haid pertama datang pada 1hb September, kemudian 29 hb September datang period lagi, maka period cyclenya adalah 28 hari.

Dari 1hb ke 29hb adalah 28 hari.


Kira perbezaan hari dari hari pertama period ke hari pertama period seterusnya. Jadi, sila catat date setiap bulan period datang hari apa. Catat untuk beberapa bulan baru boleh tahu berapa period cycle kita. Regular atau tidak.

Contoh kedua :

Period datang pada 1 hb September dan kemudian datang pada 3hb Oktober. Jumlah perbezaan dari 1hb ke 3 hb adalah sebanyak 32 hari.
Cycle period 32


Period cycle atau kitaran haid wanita berbeza setiap seorang tak sama. Ada yg 25 hari, ada yang 31 hari. Itu normal asalkan memang datang period. Bila period ada, maknanya telur atau ovum ada dan pasti ada chance untuk HAMIL.

Info Penting:

Minima period wanita adalah 24 jam, sehari semalam.
Period cycle wanita paling pendek adalah anggaran 22 hari.
Period cycle wanita paling panjang adalah anggaran 35 hari.

Special Case:

Kalau gap antara period tu lebih sampai 90 hari maksudnya irregular period, period tak stabil. Jadi jumpalah doktor untuk kenal pasti masalah. Kena pula setiap kali datang period pain melampau.

Kalau ada yang kitaran haid bulan ni 24 hari, bulan depan 30 hari, masih lagi normal dan berpeluang untuk hamil walaupun period cycle tak tetap. Bantu dengan nutrisi untuk kuatkan dan sihatkan sel sahaja dan kenal pasti tanda-tanda hari subur.

Video Kitaran Haid Wanita:

Selepas faham cara kira kitaran haid setiap kita, kita ambil tahu juga apa sebenarnya yang berlaku sepanjang kitaran haid kita. Saya nak ingatkan ya, waktu subur kita berbeza, sama juga dengan cycle period kita. Jadi jangan anggap, bila cycle 28, ovulasi mesti berlaku pada hari ke-14. Waktu subur topik lain pula.



Harap info ni dapat membantu kaum wanita mengira period cycle masing-masing. Kenapa kena tahu ya? Bila dah tahu, next step barulah kita boleh meramal waktu subur kita dengan lebih tepat dan bila saya terang tu lebih faham. 😄.

Kalau nak cuba untuk dapatkan period cycle yang regular, boleh cuba amalkan GLA yang bantu dalam menstabilkan hormon kita.

Seterusnya baca entry ni untuk kenal pasti tanda-tanda waktu subur  dan gunakan info kitaran haid ini untuk meramal waktu subur.


By : Ida Khairani
www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.