Resepi nasi ayam yang lulus diet detox

Biasanya resepi nasi ayam ohsem saya lain tapi yang ni saya ubah simple jadi tanpa minyak dan lebih sihat dan sesuai dengan diet detox parasit dan detox (nyak toksin). Sesuai juga dengan tema eat clean.



Bahan-bahan :

Ayam
Pekakas sup : Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih
Daun Sup
Garam
Madu


Untuk Nasi :
Serbuk kunyit
Beras
Garam

Salad :
Salad atau sawi

Sambal:
Cabai dan garam


Ini bukan resepi nasi ayam sesuai untuk detox, sesuai juga untuk orang bujang atau mak-mak yang busy sebab boleh tinggal2, tak perlu tunggu ngadap.

Cara-cara buat nasi ayam sesuai untuk detox :

Sup Ayam :

1. Reneh ayam bersama kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang dengan air yang banyak.
2. Tinggal ja selama 15-20 minit sampai mendidih dan ayam lembut.
3. Masukkan garam dan potongan daun sup.
4. Tambahan : Lobak merah dan ubi kentang juga boleh dimasukkan bersama ayam.

Ayam:

1. Ambil ayam tadi dan perap dengan madu dan sedikit garam selama anda suka. Lagi lama lagi bagus. Kalau nak cepat 5 minit pun ok. 5-30 minit ok dah.
2. Selepas tu @ masa nak makan, boleh panaskan balik ayam dengan kuali tak melekat ( non stick ) atau guna air fryer. Sekadar bagi nampak hangit2 garing tu. Kalau guna airfryer saya panaskan dalam 3-4 minit.

Nasi :

1. Cuci beras bersih-bersih.
2. Ambil sup ayam tadi dan guna untuk tanak nasi. Mesti sedap.
3. Saya tambah sedikit garam, serbuk kunyit dan bahan2 dalam sup tu saya tuang sekali, iaitu bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis. Sup tinggal yang nak makan ja. Sebab tu masa reneh ayam tadi bagi air banyak2. Sukatan air macam masak nasi biasalah.

Salad :

1. Kalau guna salah, just cuci bersih2. Kalau pilih salad organik tu pastikan tak ada ulat dan telur2 ulat tau.
2. Kalau guna sawi, celur ja dengan air, garam, bawang putih. Mesra detox gitu.

Sambal :

1. Saya blend ja sebiji cabai dan tambah garam.

Saya belum belajar cara nak buat kicap home made so tak adalah kicap untuk nasi ayam kita ni. Lain2 complete.

Resepi ni tanpa minyak dan tanpa bahan yang tak sihat. Selalunya resepi nasi ayam asal saya akan ada minyak sikit untuk nasi dan perap ayam dengan kicap. Hasil nasi ayam detox ni masih mantap dan disukai anak-anak.

Selamat Mencuba !

 Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC





ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.