9 Makanan Perlu Dielak Jika Mahu Kurus Dan Sihat

Syarat wajib untuk berjaya dalam misi kurus secara sihat adalah jangan makan makanan yang membazirkan kalori kita. Setiap makanan ada nilai kalori. 9 makanan di bawah ini, bukan saja berkalori tinggi, malah tak sihat dan membantu menambah gemuk dan susah nak disingkirkan kalau dah bertukar menjadi lemak. Lebih malang, banyak penyakit yang ikut serta. 



Jom ambil tahu, 9 Makanan Perlu Dielak Jika Mahu Kurus dan Sihat

1. Minuman Bergas

Sebabnya minuman bergas ni gula tinggi. Gula tinggi bermaksud tinggilkah kalorinya. Malah mengandungi kafein dan hampir langsung tak berkhasiat. Jadi tak membantu pun untuk kita kekal sihat dan kurus !


2. Minuman Kedai Kopi


Sedapnya aroma coffee bila lalu di Coffee Bean atau San Francisco Coffee kan. Bawa-bawalah menahan nafsu tu atau jangan lalu pun sebelah kedai kalau ia mampu membuatkan kita melangkah masuk & order minuman lazat mereka. Ini kerana, minuman coffee di kedai begini selalunya dibancuh dengan gula, & krimer yang banyak. Malah siap ditambah whipping cream dan ditabur serbuk coklat atau vanila lagi. Cuba check berapa kalori yang bakal masuk ke dalam perut kita? Anggaran 390 kalori dalam 1 cup. Vass sungguh !



3. Produk Kaya Tepung / Enriched Flour

Kalau ada pilihan, elaklah dari mempilih roti putih dari tepung yang diperkaya. Sebabnya kemungkinan besar tepung ini telah menjalani proses pemutihan(bleaching) dimana telah kehilangan banyak khasiat asal. Sebab tu, pengilang terpaksa cover balik dengan vitamin lain sebab itu diberi term 'diperkaya'. Kita boleh pilih roti gandum penuh (whole grain bread)

4. Kek

Kek memang sangat sukar dielak terutama bila kita nak meraikan sesuatu. Namun, untuk diet harian yang aim nak kurus dengan sihat ia memang bukanlah idea yang bijak. Kebanyakkan kek mengandungi kek yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Walaupun ditulis, tanpa lemak tepu, periksa juga label kandungan nutrisi.



5. Makanan dan Minuman Pek Segera


Selalunya makanan segera memang sangat menyelerakan, sekalipun ia hanya mee segera. Magic betul! Malangnya, kebanyakkan makanan dan minuman segera ni tinggi garam, bahan perasa, gula. Kalau minuman 3 in 1 tu, rasanya memanglah sedap tapi krimer pasti banyak. Makin bam-bam la kita kalau selalu terpaksa hadap makanan segera dek kerana kesibukan harian. Hmm..haritu, saya ada jumpa pek salad kurang RM5. Saiznya sesuai dibuat lunch pek. Yang bestnya ia sayurnya organik. Mungkin ini solusi mudah untuk yang sangat sibuk. Nak protin? Boleh prepare ketulan ayam bakar dari rumah dan minuman berprotin rendah lemak seperti cinch shake mix yang bantu cepat kurus secara sihat.

Mee Segera juga mengandungi bahan yang digunakan dalam produk bukan makanan


6. Makanan dalam tin


Ini memang tak sihat. Kalau sudah biasa dengan makanan dalam tin, bawa-bawalah berubah. Banyak lagi pilihan yang lebih sihat. Selalunya makanan dalam tin ni, ada bahan perasa, penambah perisa dan garam yang tinggi. Mungkin juga beserta bahan pengawet. Jadi rujuklah label kalau terpaksa sangat. Tak elok tau, apa lagi kita plan nak kurus dan sihat kan.


7. Makanan Bergoreng



Makanan bergoreng ada kalori tersembunyi. Lebih malang, pengusaha kedai sering guna minyak berulang-ulang kali dan ini menurunkan lagi kalorinya. Apa kata, kita hadkan makanan bergoreng dan paling baik goreng sendiri. Bukan sahaja kita boleh guna boleh pilih minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau bunga matahari, minyak yang baru dan kurangkan penggunaan minyak sebanyak mungkin. Kala ini, air fryer adalah pilihan saya untuk makanan bergoreng yang tetap rangup tetapi dimasak tanpa minyak. Walaupun agak mahal tapi berbaloi untuk kesihatan kita yang tidak ternilai.

8.  Makanan Segera



KFC, Burger King dan sebagainya memang sangat mudah, senang dan sedap! Yang tak bestnya, ia sudah lebih terdahulu disediakan dan dimasak dengan minyak yang banyak dan kandungan nutrisi kita tak dapat pastikan. Jadi, hadkan pengambilan makanan segera pada 1 atau 2 kali sebulan sahaja demi menjaga kesihatan dan kekal kurus.

9. Snek Buah


Buah memang menyihatkan badan. Namun snek buah telah ditambah garam dan gula yang menambah nilai kalorinya. Apa kata, kita pilih buah dan tidam diproses. Pasti ia menyumbang pada kesihatan dan misi kurus kita! Buah membantu penghadaman dan tinggi serat membuat kita lebih kenyang dan membantu pelawasan dan menjadi pilihan kundapan yang terbaik di kala mulut nak mengunyah.



Ida Khairani Ahmad www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.