Makanan anak 6 hingga 8 bulan dan 8 hingga 10 bulan

Assalamualaikum..

Nuh Iman sekarang dah berusia 8 bulan lebih.. Alhamdulillah makan banyak. Jadi ibu kongsikan apa yang ibu dah cuba selama ni..


Oleh kerana bayi baru kenal makanan pejal, pertama kali makan solid, kita tak tahu apa yang dia alergik dan apa yang dia tak alergik. Jadi ibu bapa kena amalkan '4 days rule'. Di mana, kita kenalkan makanan baru selama 4 hari berturut sebelum cuba lagi makanan baru lain. Dalam masa 4 hari tu, jika tak ada kesan alergik seperti ruam atau cirit birit, bermakna makanan tu sesuailah dengan anak. 


solid food untuk bayi 6 bulan


Untuk anak 6 bulan

Antara makanan yang ibu dah beri pada Nuh Iman di usia 6 bulan

- bubur nasi kosong
- ubi kentang
- lobak merah


Ibu ada juga kenalkan
- avacado
- epal


Cuma, nampak Nuh Iman kurang sesuai.. Dia terus demam lepas makan. Ibu akan kenalkan lagi di masa akan datang. Kadang2 kesan alergik ni sementara sahaja. Bila sistem penghadaman dah lebih matang, mereka boleh terima balik, insyaAllah.

Makanan lain yang sesuai untuk bayi 6 bulan

- pisang
- ubi keledek

Ingat !!!

  • Semua makanan dikisar halus
  • Boleh dicampur dengan air masak atau susu ibu
  • Tekstur sangat lembut dan lebihkan air


Di awal usia 6 bulan, Nuh Iman bukan pemakan, tak suka makan sangat. Hanya hari pertama ja dia berselera makan. Kemudian asyik tak sihat ja, kena cirit birit yang berterusan. Jadi, ibu stop bagi solid folid. Lepas consult doktor dan dari pembacaan, boleh dan bagus teruskan solid food. Najis boleh jadi kurang cair. Cuma, ibu-ibu kena pastikan cirit birit tu bukan sebab makanan yang tidak sesuai. Cuma doktor pesan, kalau yang bagi instant cereal tu untuk stop sebab kandungan susu dalam tu mungkin penyebab cirit birit atau melambatkan proses sembuh.




Antara usia 6 ke 8 bulan, ibu kenalkan lagi Nuh Iman dengan

- kurma
- labu
- ubi keledek
- pisang
- tembikai ( finger food - dihisap jus)
- tembikai susu ( finger food -  dihisap )

Nota :

  • Ibu-ibu boleh campur makanan yang dah confirm sesuai dengan bayi selepas dah apply 4 days rule.
  • Semua makanan selain finger food masih lagi dikisar halus, cuma kurangkan cecair.
  • Finger food perlukan pengawasan rapi ibu bapa. 
  • Kalau anak belum ready pegang sendiri, ibu abah yang pegangkan dan jaga-jaga jangan sampai tercekik. 



Pada usia 8 bulan sekarang ni, ibu baru mula mix makanan-makanan tu. 

Makanan baru, tetap amalkan '4 days rule'
- ayam

Antara menu harian Nuh Iman sekarang

- bubur nasi, ubi keledek jepun (warna ungu) dan ayam
- bubur nasi, labu dan ayam

menu bayi 8 bulan yang senang dan sedap
Tekstur ikut usia dan kesukaan anak juga. Kalau baby suka smooth, blend lama lagi and tambah air sikit. Iman ni tarak kisah punya. So, Ibu pelbagaikan tekstur.

Cara ibu nak masak menu resepi 8 bulan ni

- masak bubur nasi dalam microwave selama 20 minit
- rebus ayam sampai betul2 masak
- rebus ubi keledek dalam periuk biasa atas api
- blend semua sekali guna baby bullet blender.
- ada baki untuk dikisar untuk sesi seterusnya.


Nota:
Selain guna microwave, bubur nasi dan ayam boleh guna periuk nasi elektrik biasa atau slow cooker untuk masak. Boleh juga, guna periuk biasa atas api, jaga-jaga jangan sampai hangit. Sebab selalu hangit yang ibu guna microwave tu. Dalam microwave guna casserole corelle supaya tak pecah. Kalau ada periuk pyrex, vision dan seumpanya pun awesome masak atas api. InsyaAllah tak hangit. 




Makanan yang kena standby untuk masa-masa seperti awal pagi, semasa memandu, makan petang

- finger food seperti biskut bayi
- pisang
- kurma


Alhamdulillah, walaupun semasa awal kenalkan solid pada Nuh Iman, dia nampak kurang berminat, makan sikit ja.. tapi sekarang selera bertambah-tambah. Seronok bagi makan kat dia. Tak membazir. Semoga berterusan, insyaAllah.

Selamat mencuba dan berkongsi!



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani Ahmad
Shaklee Independent Distributor 846056

013 488 2382
admin@mysupervitamins.com

http://www.mysupervitamins.com
http://ibustory.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.