Nak Hamil : Kenali tanda subur dan cara kiraan waktu subur untuk wanita

Semua yang berkahwin, lama kelamaan mesti inginkan anak, tak kira wanita atau lelaki. Naluri itu adalah semulajadi. Namun, tak semua orang bernasib baik. Ada yang ujiannya masih panjang. Masalah kesuburan, berat badan dan kesihatan boleh melambatkan proses mendapat zuriat. Sini saya nak kongsikan beberapa isu penting seperti kitaran haid, ovulasi, masa subur wanita, pengiraan waktu subur dan tips untuk cepat hamil.

Banyak lagi perkara lain yang mempengaruhi kesuburan dan jadi punca ketidaksuburan, namun ada terdapat banyak tips untuk mengandung cepat yang dapat membantu. Selagi terdaya kita berusaha dan selebihnya kita beserlah pada Allah s.w.t . InsyaAllah di akhir entry, saya kongsikan testimonial sahabat saya.


Kitaran haid dan Ovulasi


Kitaran haid adalah kiraan dari hari pertama haid datang hinggalah haid datang semula. Kitaran haid yang normal dan konsisten mempunyai bilangan hari yang sama setiap bulan, contoh kitaran haid 26 hari, 28 hari dan 30 hari. Kitaran haid yang tidak normal pula, bila haid wanita tu kadang2 datang, kadang2 tidak dan kadang-kadang setiap 25 hari, 27 hari atau 30 hari dan sebagainya, pokoknya tak konsisten setiap bulan. Jika anda tidak mempunyai kitaran haid yang tetap, usahakan dengan amalkan GLA Shaklee untuk membantu betulkan kitaran haid supaya mudahkan kiraan.

Ovulasi pula apabila telur/ovum matang dilepaskan dari ovari menuju ke uterus melalui tiub fallopio. Dalam kitaran haid wanita, ini dikenali juga sebagai waktu subur @ fertile period di mana persenyawaan antara ovum dan sperma boleh berlaku jika ada.

Bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat, mereka perlu melakukan hubungan seks sebelum ovulasi berlaku lagi. Ini kerana tempoh ovum untuk hidup adalah 24 jam. Tempoh sperma untuk hidup adalah 2-3 hari. Jadi jika hubungan seks dilakukan sebelum ovulasi lagi, sperma sudah bersiap sedia sebaik saja ovulasi berlaku. Ada juga yang mengatakan tempoh jangka hayat sperma boleh sehingga 5 hari. Haruslah suami mengamalkan cara hidup sihat untuk sperma yang kuat seperti mengambil zink dan tidak merokok dan isteri juga mengamalkan GLA untuk environment yang lebih baik. Walaupun sperma suami 'cacat', masih ada peluang untuk mendapat zuriat !

Kalau anda wanita yang period tak menentu atau langsung tak datang-datang, boleh lihat video ni untuk penyelesaiannya insyaAllah, 'Haid Kembali Lagi Selepas Setahun'  !


Haid Tidak Teratur Kini Kembali Normal ! from iReach HD on Vimeo.

Cara Kenal pasti tanda-tanda waktu subur wanita!


Cecair faraj

Sepanjang kitaran haid, cecair faraj berubah dari merah pekat ke jernih, dari segi kuantiti dan tekstur. Perubahan mucus/cecair faraj ni disebabkan perubahan tahap estrogen yang semakin meningkat. Tanda waktu subur adalah apaila mukus/cecair faraj semakin jernih, anjal dan meleket, umpama telur putih. Untuk kenali cecair faraj yang penting untuk kesuburan boleh baca lanjut di sini



Suhu

Suhu badan kita akan meningkatkan 0.4-1 degree selepas ovulasi berlaku. Ini kerana bila telur dilepaskan, tahap progesteron meningkat mengakibatkan suhu badan meningkat.

Wanita yg merancang untuk hamil boleh catat suhu untuk beberapa bulan setiap hari untuk dijadikan tanda waktu subur. Selalunya bila suhu badan tertinggi, ovulasi dah berlaku 2-3 hari yg lepas. Jadi wanita perlu catat suhu & untuk tahu patern atau perubahan suhu badan setiap bulan dan melakukan hubungan seks sebelum waktu peak suhu ini. Catat suhu pada waktu yg sama setiap hari seperti awal pagi.

Rasa tak selesa di faraj

Ada segelintir wanita yg rasa kesan tidak selesa seperti kegatalan sedikit di faraj bila ovulasi berlaku. Ini juga tanda waktu subur untuk diambil perhatian.

Ujian air kencing OPK

Bukan saja ujian kehamilan ja yang boleh gunakan air kencing. Waktu subur juga boleh menggunakan ujian air kencing. Alat ujian ini boleh mengesan kenaikkan hormon LH secara tiba-tiba ( LH Surge) yang berlaku 24 jam hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ujian positif, hubungan seks harus dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu subur. LH adalah singkatan untuk Luteinizing Hormon, hormone yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Hari bacaan tertinggi adalah hari kandungan LH berada pada tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan keluar melalui air kencing.

Bagaimana dengan kiraan waktu subur?

Ada pengiraan yang lebih mudah, namun perubahan pada diri seperti tanda-tanda subur di atas berkesan untuk sesetengah orang. Malah perubahan diri ni patut diambil perhatian terutama apabila kita sudah melakukan hubungan seks melalui pengiraan waktu subur namun sering gagal dalam perancangan untuk hamil.

Ok, bagi yang tak tahu macam mana pengiraan waktu subur, sini saya ajar dan beri contoh.. Namun, mungkin ada slighly different dari waktu subur sebenar. Setiap orangkan unik!

Pengiraan waktu subur sesuai untuk yg mempunyai kitaran haid yang teratur.

Ok, contoh bagi kitaran haid 28 hari..
28-14 = 14 +- 2 days
Jadi keberangkalian waktu subur adalah dari hari ke 12-16 dalam 28 hari kitaran haid.


Ok, bagi kitaran haid 26 hari
26-14 = 12 +- 2 days
Jadi keberangkalian waktu subur adalah dari hari ke 10-14 dalam 26 hari kitaran haid.

Oleh kerana ovum hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam.. Sangat kritikal menjelang waktu subur ini, sperma sudah berada di dalam tiub fallopio & bersedia untuk persenyawaan atau hubungan seks dilakukan dilakukan dalam tempoh ini.

Untuk membeli GLA yang membantu menambah kesuburan dan membetulkan kitaran haid yang tidak teratur, boleh terus beli di E-Sell GLA.

Waktu subur berhubungan Seks untuk hamil




Contoh: Kitaran haid 26 hari

Situasi 1:

Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14.

Situasi 2:

Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, persenyawaan masih boleh berlaku.

Situasi 3:

Sperma yg gagah :D boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-12, kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya.

Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya


  • sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama.
  • kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku
  • lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.


Salah tanggapan tentang waktu hubungan seks yang perlu dilakukan untuk mendapat anak !!!


Selalu org berusaha kenal pasti waktu ovulasi dan melakukan hubungan seks pada hari tersebut. Walhal keberangkalian untuk hamil adalah lebih tinggi bila hubungan seks dilakukan dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi dan 1 hari selepas ovulasi. ( jangan buat time period sudah!)

'Vitamin Kesuburan' untuk cepat hamil

Kisah kejayaan pasangan yang mengamalkan vitamin dan berjaya mengandung selepas 6 bulan saya kongsikan di sini.. Vitamin dapat membantu meningkatkan mutu sperma dan ovum serta menyediakan diri untuk hubungan seks yg lebih sihat supaya kesuburan dapat ditingkatkan. Jika melakukan seks kena pada waktu subur namun sperma dan ovum tidak cukup subur tidak guna juga. Demi membantu menambah kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil, pasangan sangat disyorkan mengambil supplemen dan baiki cara hidup.

Cadangan produk kesuburan terbaik saya kongsikan di sini, semoga banyak pasangan mendapat faedah darinya.

" Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah. "


Lebih detail di link Lebih Mudah Hamil ini.


Diharap artikel dan video di atas memberi faedah berkenaan kesuburan dan membantu ramai pasangan mengira waktu subur. Jika bermanfaat, boleh klik 'share' di bawah supaya lebih ramai yang dapat manfaat darinya.



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Whaptapss / SMS ke 013 488 2382
Fanpage : Mysupervitamins 
FB : Ida Khairani Ahmad



Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.