Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung

Ibu mengandung sangat penting untuk menjaga pemakanan ya. Khas untuk ibu mengandung, saya kongsikan check list vitamin, pengalaman bertulis ibu yang mengamalkannya, gambar bayi gebunya dan juga video rakaman seorang lagi ibu mengandung. Untuk informasi, vitamin Shaklee untuk ibu mengandung adalah seperti berikut. 


Vitalea untuk ibu mengandung
Mengandungi 28 Multivitamin dan multimineral yang menampung menu harian kita. Antaranya beta Karotin yang membantu dalam pembinaan badan, penglihatan dan pertumbuhan tisu. Kalsium, Fosforus bersama vitamin C dan D untuk tulang dan gigi yang sihat, Biotin dan asid Pantothenic bantu dalam metabolisme lemak dan vitamin b12 membantu dalam pembinaan sel darah merah.

Vitalea diformula dengan zat besi yang sangat kritikal untuk ibu mengandung dan menyusu. Kekurangan zat besi boleh menjadi punca anemia di kalangan ibu mengandung.Pada trimester ke tiga, bayi @ fetus menyerap zat besi dari ibu. Jika ibu tidak mendapat zat besi secukupnya, ada risiko untuk kelahiran pra matang.

B Complex untuk ibu mengandung

Vitamin B yang lengkap mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B. Setiap dari 8 jenis vitamin B ni bantu dalam mengekalkan kesihatan. B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid Pantothenic membantu dalam mentabolisme protin, lemak dan karbohidrat kepada bentuk tenaga. 

Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah dalam badan. Keperluan asid folik yang cukup akan mengurangkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural. B Complex ni Gluten Free tau. Emosi ibu mengandung pula sering kali kacau.. dan b complex dapat membantu menjadi ibu mengandung lebih tenang.


Vitamin C untuk ibu mengandung
Vitamin C dengan anti oksida membantu meningkatkan imun badan ibu.  Ini kerana vitamin c membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Ostematix a.k.a kalsium untuk ibu mengandung

Ostematrix ni menyumbang 1000mg kalsium jika diambil 4 biji sehari. Kalsium membantu ibu mengandung dalam pembentukan dan mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Tambahan Magnesium, vitamin D, zink, copper dan mangan membantu mengekalkan kesihatan dan fungsi kalsium yang optimum.

Semasa mengandung, ibu berkongsi kalsium yang kritikal ni dengan bayinya. Jika tidak cukup, kesihatan ibu yang terjejas kerana kalsium untuk bayi akan diutamakan.

Omega Guard untuk ibu mengandung
Minyak ikan laut dalam yang mengandungi omega 3 yang tinggi DHA dan EPA ni penting untuk fungsi otak dan jantung bayi yang sedang dibina dan juga ibu sendiri. DHA membantu menggalakkan pertumbuhan mental.

Semua vitamin Shaklee sesuai dan boleh diteruskan walaupun tidak mengandung kerana ia memberi manfaat berpanjangan dan memberi kesan baik sehingga ke hari tua.


Sebenarnya vitamin Shaklee dah wujud lebih 50 tahun dahulu.. Vitamin Shaklee adalah bersandarkan kajian yang mendalam bukan jual tin kosong ja. So, jangan risau..vitamin Shaklee always green, always works, always safe. Memandangkan ramai yang dah jatuh cinta sebab Shaklee yang terbukti berkesan..ramailah juga yang mencari apa yang sesuai untuk diri masing masing. Tidak semestinya kita tidak menyusu, tidak mengandung, lelaki, jarang sakit kita tak perlukan vitamin Shaklee atau mana2 makanan tambahan. Macam saya sendiri, anak pun dah besar dan tak menyusu. Sakit pun jarang tapi tetap mengambil vitamin Shaklee ni. Sebenarnya vitamin yang pada awalnya adalah 'support' dah menjadi 'essential' dan  penting disebabkan oleh gaya hidup dan enviroment sekarang yang semakin sibuk, banyak pencemaran dan lebih stress. So badan perlukan DOS lebih untuk BERTAHAN dan menjadi lebih KUAT!

Bagi ibu mengandung pula..memang sejak dulu lagi, doktor akan memberi makanan tambahan untuk menampung keperluan sepanjang mengandung. Apa lagi jika ibu tu tak lalu makanlah..makan makanan yang dia suka dan boleh jamah ja..so banyaklah lohong2 kosong yang perlu ditutup. Belum lagi yang mengalami tekanan darah rendah, eklamsia, UTI, GDM dan sebagainya. InsyaAllah jika pemakanan dijaga sejak dari awal dan sentiasa memantau keadaan diri, tiada yang serius akan berlaku dan kehamilan kita akan menjadi yang terindah.


Pengalaman Anna Eddy yang mengamalkan Vitamin Shaklee semasa mengandung



testimonial mengandung dan makan vitamin shaklee






"Saya baru bersalin anak ke-3... Seorang Princess yg sgt adorable..... Teringin nak berkongsi testimoni saya selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin s
haklee utk 2 anak saya sebelum ini dan selepas hamil anak ke-3 dgn vitamin shaklee utk kehamilan..

Spjg preggy saya ambil vitalea, vit C, B Complex, Omega Guard dan Ostematrix since saya mmg x suka minum susu... Saya lebih bertenaga, tiada rasa loya, lebih cergas dan kulit saya semakin cantik tanpa pigmentation. Sampai la kesaat melahirkan.. Saya masih rasa sihat dan bertenaga.. Sehinggakan proses bersalin kali ni... sgt mudah dan cepat... Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda..sakit kontraksi memakan masa 2 hari dgn bukaan serviks baru 2cm.. Tapi kali ini.. Sakit kontraksi berlaku sgt sekejap.. Sejurus smpai ke hospital.. Doc cek bukaan serviks dah 7cm.. Diusung terus ke Labour Room.. Sedang nurse & Doc buat persiapan utk sambut baby.. Saya terus saya nk meneran.. Doc cuba cek bukaan serviks.. Mmg dh 10cm.. Dgn 2X push je.. Sy selamat melahirkan baby girl yg sgt comel.. kulit baby sgt halus mulus... putih merah.. Doc pun puji.. uri cantik, luka perinium sgt minimal dan proses jahitan sgt mudah...

Baby pun sgt baik....disbbkan susu badan saya dh mula mengalir sejurus melahirkan... baby terus tido kekenyangan..."

Tambahnya lagi..

Anna Eddy : "Sekarang saya amalkan set berpantang dan menyusukan Shaklee.. Badan mmg rasa sihat je.. Tanpa rasa letih walaupun melahirkan selepas usia 30-an.. Sbb ramai kawan2 yg sebaya dgn saya.. Mengadu mereka x larat nk meneran.. Smpai proses melahirkn memakan masa berjam2.. Masa berpantang pun meletihkan.. Sbb pemulihan badan sgt lmbt disebabkn faktor usia. Tapi pada saya dgn pengamalan vitamin shaklee.. Saya x lalui semua tu.. Usia bkn lagi halangan utk kita hamil dan melahirkan lagi.. "




Mengapa kita perlukan vitamin semasa mengandung?


Dari berat normal dan semakin meningkat dari bulan ke bulan, merupakan beban yang baru dan bertambah untuk badan dan ini adalah petanda badan memerlukan nutrisi yang lebih untuk bekerja kerana nutrisi akan berkurangan dengan cepat. Malah ibu mengandung akan mengalami perubahan hormon. Nutrisi penting supaya ibu kuat dan mampu mengandung hingga saat melahirkan. Nutrisi yang mencukupi juga membantu untuk perkembangan bayi yang sihat dan kelahiran tanpa komplikasi. Malah, vitamin yang diambil sepanjang mengandung menyumbang pada pemulihan yang lebih cepat selepas melahirkan anak.




Ini senarai harga vitamin shaklee untuk ibu mengandung. Perlukan harga lebih murah ada caranya, kena hubungi Ida personally. 



FullsetVitaminRetail Price
J1Vitalea, B Complex, Vitamin C 500mg, OstematrixRM294EMAIL code J1, J2, J1+ESP atau J2+ESP ke
J2Vitalea, B Complex, Vitamin C 500mg, Ostematrix, Omega GuardRM430admin@mysupervitamins.com
Tambahanatau
ESPRM150Whatapps code J1, J2, J1+ESP atau J2+ ESP ke
Peppermint Ginger PlusRM45013 488 2382



Jadi, jangan berkira sangat untuk kesihatan diri yang amat berharga. Kalau sakit, kita juga yang merana dan kosnya tak tahulah berapa banyak lagi diperlukan. Ikut contoh Anna dan ramai ibu mengandung lain yang telah mendapat kesan terbaik !

Ini pula kisah ibu Haridah yang mengandung dan cemas untuk berpuasa dan terjebak untuk memilih vitamin yang sama !


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Kakak ini... from iReach HD on Vimeo.




Untuk order boleh isi order form  dan atau hubungi admin[@]mysupervitamins[.]com untuk pertanyaan lanjut.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.