Tuesday, January 22, 2013

Kesihatan Ibu Mengandung : 10 langkah untuk kehamilan yang sihat

Tahniah!!! Pasti yang sedang membaca ni adalah seorang ibu, bakal ibu atau berniat untuk mengandung.. Jadi langkah yang paling bijak adalah dengan menambah ilmu untuk persediaan alam kehamilan..Apa yang perlu dibuat, dirancang..selain dari list barang untuk dibeli..Hehe...list barang adalah perkara kegemaran kedua dua ibu bapa...tiba tiba si bapa pula menjadi kaki shopping.. Apa pun, rancang dengan baik dan tetapkan keutamaan..Kesihatan ibu yang paling utama kerana ia menyumbang pada kesihatan bayi dalam kandungan. Mai saya kongsikan 10 langkah untuk kehamilan yang sihat.


10 Langkah kehamilan yang sihat


10 Langkah kehamilan yang sihat


1. Check Up @ Rawatan antenatal..


Pilih doktor yang akan merawat anda sepanjang kehamilan dan di saat kelahiran kelak. Jika doktor yang sama, hubungan dan persefaham yang baik akan terjalin. Lawatan pada peringkat awal dilakukan setiap bulan selepas ibu disahkan mengandung. Bila mendekati tarikh kelahiran, check up adalah setiap 2 minggu ke setiap minggu.



2. Makan dengan baik


Sebenarnya ibu hamil tidaklah perlu makan 2x ganda biasa atau istilah makan untuk 2 orang. Keperluan kalori bertambah sebanyak 200 kalori apabila usia kehamilan mencecah 6 bulan. Namun, oleh kerana ibu hamil sering mengalami alahan atau tak lalu makan, pastikan keperluan nutrisi ditampung dengan makanan kegemaran lain atau vitamin @ supplemen ibu hamil.

Buah buahan dan sayur sayuran jangan dilupakan. Sarapan juga sangat penting. Pastikan makan makanan seimbang juga tinggi protin. Semua nutrisi ini adalah demi kesihatan untuk ibu dan kandungan juga.



3. Jaga kebersihatan makanan


Pastikan makanan dimasak sempurna dan sayuran dibasuh dengan bersih untuk mengelak risiko pada kehamilan. Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).


4. Makan tambahan asid folid dan ikan



Tambahan asid folik atau folat dianggap sangat penting kerana bantu mencegak spida bifida dan beberapa kecacatan tiub neural bayi. Spida bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabil tiub yang melindungi sistem saraf pusat tak tertutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Jadi,sejak wanita merancang untuk hamil lagi, mereka dinasihatkan mengambil tambahan 400mcg asid folik.


Tidak semestikan dari supplemen, folat boleh diperolehi dari sayuran hijau dan bijiran yang diperkaya dengan folat. Selain tu, cari besi dan kalsium juga sangat penting. 

Kajian menunjukkan, minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, berat batu dan perkembangan otak dan saraf baik di trimester akhir kehamilan.  Ibu perlukan bijak mencari sumber minyak ikan yang tidak mengandungi merkuri dan bahan cemar lain. Asid lemak Omega 3 yang berkualiti membantu  meningkatkan kesihatan jantung dan otak.

5. Bersenam..




Opss..sebelum pregnant pun tak bersenam..napa masa pregnant perlu bersenam pulakkan.. Sebenarnya..bersenam ringan boleh memudahkan diri untuk kembali ke bentuk asal selepas kelahiran..Nak tak??? Malah ia memberi kekuatan dan ketahanan untuk menampung berat yang kian bertambah.

Senaman juga bole membuatkan kita lebih ceria dan mengatasi kemurungan yand dialami segelintir ibu mengandung. Kalau para ibu join antenaral class di hospital, para ibu juga akan diajar senaman senaman ringan yang boleh dilakukan dengan penyertaan suami juga.

6. Senaman lantai pelvik


Biasanya ibu hamil dan telah melahirkan mengalami masalah mudah terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa. Untuk mengelakkan masalah ini, senaman pelvik boleh mula dilakukan sejek sebelum hamil, semasa mengandung dan terus dijadikan amalan.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis yang menyokong punci kencung, vagina dan rektum. Ia boleh menjadi lemah apabila tekanan tambahan ke atasnya dan hormon kehamilan yang menyebabkan ia kendur sedikit.

7. Kurangkan alkohol


Untuk orang Islam, tidak sama sekali.

8. Kurangkan pengambilan kafein


Kajian tidak menyeluruh tetapi mencegah lebik baik. Risiko yang dikatakan jika telampau banyak kafein adalah mendapat bayi dengan berat badan yang rendah dan risiko keguguran. Ibu masih boleh menikmati minuman kafein tetapi hadkan kepada 2 cawan kopi sehari @ 4 cawan teh @ 5 tin cola sebagai langkah berjaga jaga.


9. Berhenti Merokok



Merokok boleh meningkatkan risiko keguguran, bersalin bayi pramatang, bayi dengan bibir atau lelangit rekah. Jadi sebagai langkah berjaga jaga,  kurangkan bilangan rokok setiap hari atau berhenti merokok sebelum ibu merancang untuk hamil.

10. Lebihkan rehat


Jika badan anda terasa begitu penat, itu petanda badan untuk menentukan jangan terlalu aktif. Tidur sekejap @ nap boleh memberi manfaat pada anda dan bayi. Jika tidak dapat tidur, sekurangkan rehatkan kaki anda.

Jika ibu mengalami ketidak selesaan sewaktu tidur, urutan yang selamat sewaktu hamil boleh dilakukan. Ibu juga disyorkan untuk support bahagian badan supaya mendapat lena yang lebih enak. Senaman juga membantu mendapat tidur yang nyenyak.


Apapun, pastikan pengalaman kehamilan anda adalah saat yang paling indah dan pengalaman berharga. Jangan stress dan dapatkan nasihat jika memerlukan. Untuk memberi kecergasan dan meningkatkan kesihatan, supplemen sewaktu hamil sangat digalakkan. 






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Reactions:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...