Monday, November 19, 2012

Cara menguruskan badan

Jika nak menguruskan badan, konsep asas perlu tahu. Jika kita rasa cara menguruskan badan adalah dengan mengurangkan makan jadi kenapa aku makan tak banyak pun, tapi berat tak turun-turun. Apa yang kita makan haruslah digunakan sepenuhnya oleh badan, untuk keseluruhan fungsi tubuh dan yang tidak diperlukan harus disingkirkan melalui peluh, air kencing, air besar dan sebagainya. Sebab itu penting bagi kita memastikan usus kita sihat dan berfungsi dengan baik semasa proses menguruskan badan. Jika usus kita sesak, nutrien dari makanan tidak diserap sebaiknya. Kemungkinan besar, sebab inilah kita gagal menguruskan badan, kita makan tak kenyang-kenyang dan walaupun makan banyak, masih tiada tenaga.


Untuk cara menguruskan badan dengan betul, cuba sedaya upaya untuk memenuhi konsep ini.


Energy Input Rendah : Makan sederhana sahaja, makan makanan yang banyak serat, kurang lemak dan minyak. Ambil buah dan sayur pada setiap hidangan barulah mudah proses pelawasan demi menguruskan badan. Kurangkan minum air bergula dan bergas. Manis2 sangatkan banyak penyakit suka datang.

Energy Stored Rendah : Pastikan makanan yang kita ambil digunakan sebaiknya oleh badan supaya tidak disimpan sebagai lemak. Fungsi supplemen di sini untuk membantu fungsi usus, menukarkan makanan ke tenaga, memecahkan lemak, melawaskan dan mengekalkan otot.

Energy Output Tinggi : Bersenam, bekerja, beriadah. Kalau banyak rehat, banyak tidur, banyak baring, banyak duduk.. Tenaga tidak dibebaskan.. Peluh tidak dikeluarkan. Jadi makanan yang kita makan akan menjadi lemak dan kekal dalam badan :(

Jadi..perlukan cadangan saya untuk cara menguruskan badan yang efektif dan kekal sihat?

Saya hanya dapat mencadangkan supplemen yang dapat membantu selebihnya adalah terpulang pada diri sendiri.



HERB LAX : 
Pembersihan usus - mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Ini sangat penting untuk semasa proses menguruskan badan.  Jika PERGERAKAN USUS LANCAR, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh. Herb lax ni telah diuji secara klinikal untuk penggunaan jangka masa panjang, jadi ia selamat dan terjamin. Jika ada masalah SEMBELIT, PERUT BUNCIT juga, herb lax dapat membantu.

LECITIN:
Pengemulsi lemak - lecitin ni sangat istimewa dan magik kerana ia mampu meMECAHKAN LEMAK, boleh tgk experimen lecitin di sini. Mengapa ia boleh bertindak begitu terhadap lemak/minyak? Ini kerana lecitin yang diekstrak dari kacang soya organik ni larut lemak dan membantu menyerap vitamin A,D, E, K yang larut lemak. Lecitin Shaklee berupaya bertindak sebagai 'PEMBERSIH' SALURAN DARAH. Jadi dalam proses menguruskan badan ni, risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung dapat diturunkan. Selain tu, pengambilan lecitin yang banyak dapat MEMBAKAR LEMAK.



CINCH SHAKE MIX: 
Mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang mengekalkan otot dan membakar lemak. Ia juga mengandungi protein, multivitamin dan serat. Cinch Shake Mix sedap, mengenyangkan dan rendah kalori. Jadi, kita boleh mengurangkan makan tanpa perlu berlapar dalam masa yang sama,proses menguruskan badan berlaku kerana lemak telah dibakar tetapi otot tetap terpelihara. Protin dalam proses diet menguruskan badan penting untuk perjalanan fungsi tubuh dan membina otot kerana ototlah menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

ALFALFA:
Melancarkan proses pelawasan - alfalfa adalah serat yang tinggi mineral. Alfalfa bersifat alkali dan membantu menghilangkan toksin dari badan. Kajian klinikal membuktikan penggunaan alfalfa untuk jangka masa panjang akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolestrol. Alfalfa adalah tumbuhan yang mengandungi saponin yang bertindak seperti span yang menyerap kolestrol, satu faktor penting dalam proses menguruskan badan dan memperbaiki mutu kesihatan. Alfalfa jugalah yang membantu proses membuang air besar bagi orang yang jarang-jarang membuang seperti saya dan ramai orang lagi.

VITALEA:
Meningkatkan metabolisme, melengkapkan kekurangan vitamin dan mineral dari diet harian dan melancarkan sistem badan. Vitalea ni adalah multivitamin Shaklee. Jika kita sering sakit atau makan tapi still tak bertenaga, mungkin makanan kita tu dah kehabisan vitamin semasa memasak. Jadi, kita still tak larat. Badan pun gagal mendapatkan vitamin secukupnya untuk metabolisme tenaga. Vitalea sangat efectif untuk kesihatan jangka panjang. Jadi kita bolehlah menguruskan badan dan kekal sihat sejahtera.


Herb lax, Lecitin, Alfalfa, Cinch Shake Mix dan Vitalea merupakan set lengkap untuk supplemen menguruskan badan. Jika tidak mampu, boleh ja ambil beberapa supplemen dahulu. Apa-apapun, hubungi saya untuk berbincang. Kalau tak cukup, nak tambah lagi..pun boleh. :) Selain dari supplemen ini, jangan lupa, diri sendiri juga haruskan nekad dan bersungguh-sungguh untuk aktif, barulah program ni mendatangkan hasil. Semoga kita semua dapat menjalani cara hidup yang SIHAT!




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Reactions:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...