Susu ibu drop..what to do?..please help

Kalau susu ibu drop.. Mula - mula.. Minta bertenang.. Kenal pasti punca, cari penyelesaian dan bertindak!!!

Kemungkinan-kemungkinan kenapa susu ibu drop

-tak pump secara teratur
Rutin mengepam harus dijaga. Cuba pump 3jam sekali, sekurangkan 20minit setiap sesi. Jika asyik skip, kemungkinan lama kelamaan susu akan drop kerana permintaan berkurangan. Konsep penyusuan susu ibu 'supply vs demand' harus difahami.

-permintaan anak naik secara mendadak so ibu ingat susu dia drop atau tidak mencukupi.. Sebenarnya anak mengalami growth spurt. So, teruskan penyusuan seperti biasa kerana keadaan akan menjadi normal semula.

- ibu stress atau sedang bersedih
Susu ibu memang boleh dipengaruhi oleh emosi ibu. Hormon oxytoxin iaitu hormon yang dirembeskan semasa gembira membantu stimulasi susu ibu. Jika ibu down, hormon tak dirembeskan jadi susu pun mungkin segan-segan nak keluar. Jadi, tenangkan diri, zikir, baca Quran, berdoa dan pump/menyusu sambil membayangkan wajah anak dan saat-saat gembira.

- kurang minum air
Memandangkan susu ibu sendiri dari air jadi ibu yang menyusu disyorkan mengambil air kosong 2L sehari. Bagi yang mengambil supplemen, disyorkan 3L sehari. Ini bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu dan menggantikan apa yang keluar.

-selalu skip makan
Jangan tak makan kerana sibuk atau berdiet. Jangan ambil makanan rapu sahaja dan mengabaikan makanan yang bersih, sihat dan seimbang. What you eat is what you get.

-ibu sering penat dan jatuh sakit
Dapatkan tidur yang cukup dan rehat yang cukup.
Cuba dapatkan supplemen seperti vitamin yang boleh membantu ibu tetap cergas dan ceria. Ia bukan sahaja bantu ibu sihat tetapi lebih fokus dan rajin untuk mengepam.

Ok, jadi jangan putus asa ya dan jangan terus berikan susu formula kalau susu ibu drop. Campur dengan susu formula akan menyebabkan permintaan terhadap susu ibu makin berkurang.

Bagi yang ingin meningkatkan kesihatan, lebih fokus, bertenaga dan ceria, kami mengesyorkan 4 vitamin asas ini juga lebih glamur dengan nama 'set b' sebagai permulaan
-vitamin b complex
-vitalea
-alfalfa
-vitamin c





Ia terbukti mampu mengembalikan kecergasan dan mengekalkan kesihatan ibu. Malah boleh berkongsi kebaikkan vitamin ini dengan suami tercinta kerana ia sesuai untuk semua.



- Posted using BlogPress from my iPhone

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.