Vivix menurunkan tekanan darah tinggi ???

Walaupun bersaiz kecil, hanya sesudu kecil sehari tetapi manfaatnya sangatlah meluas. Itulah Vivix Shaklee. Anti-aging produk yang mempunyai kelebihan yang pelbagai. Saya kongsikan kisah ibu bapa Ira untuk bacaan anda. Semoga anda juga mampu memberikan yang terbaik untuk ibu bapa tersayang.

Pagi ni saya nak berkongsi berita gembira. Baru malam tadi saya hubungi ayah. Bertanya khabar. Yelah, memang saya selalu hubungi ayah. Tapi sebelum ni tak tanya pulak pasal hal ni. Heheh..Saya tanya ayah samada ayah masih konsisten ambil vivix setiap malam sebelum tidur atau tak. Sebab ayah saya ni jenis yang sangat liat nak ambil vitamin. Lagi pula ayah tahu harga vivix ni sedikit mahal. Ayah tak mau vivix cepat habis sebab ayah takut menyusahkan saya untuk topup vivix dengan lebih cepat. Selalu saya pesan kepada ayah untuk mengambilnya secara konsisten. Bulan ni adalah bulan kedua saya mensupply vivix untuk mak ayah saya. Dan subhanallah…ia telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.

Untuk pengetahuan semua, ayah saya mempunyai masalah sakit lutut. Beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi. Ayah pernah kena mild stroke 4 tahun lepas kerana lupa ambil ubat selama 2 hari. Ayah masih berasa kebas2 di satu belah tubuhnya. Sehinggalah bulan lepas saya berikan vivix untuk mak dan ayah gunakan semasa berpuasa dan disambung untuk botol seterusnya pada bulan ini.

Apa perubahan yang ayah saya alami? Pada mulanya ayah hanya tahu vivix ni hanya untuk sakit lutut. Sebab ayah ni jenis sangat liat nak ambil vitamin,lagi2 yang mahal sikit. Ni sebab ayah selalu mengadu sakit lutut kepada saya. Tapi tadi saya bagitahu ayah untuk terus konsisten ambil vivix sebab ia juga penawar untuk darah tinggi. Kemudian ayah cerita,” Ayah gi buat check up kat doctor. Bila di chek, dapat result yang menggembirakan. Sebelum ni tekanan darah ayah tidak pernah 150/90. Biasanya 170/100 atau 160/100”. 

Saya sangat bergembira dengan result ini. Dan saya doakan agar ayah dan mak saya semakin sihat dan bahagia selamanya. Saya tak kisah nak topup vivix untuk mak ayah saya setiap bulan pon sebab walaupon ia mahal, ia sangat berbaloi.


Saya turut menghadiahkan Vivix buat mak saya. Baru masuk botol ke 3 ni walaupun sudah bulan ke 4 bulan. Nampak sangat dia tak konsisten makan. Patut sebulan sebotol. Huhu..  Mudah-mudahan mak saya akan bertambah sihat dan cergas.

Info berkenaan tekanan darah

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantungkeseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantungberehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring..

Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalahdarah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.

Sumber: Wikipedia

Apa itu Vivix yang hangat diperkatakan pula?

Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan. Vivix Botanical Beverage Mix menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah. Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan.



"Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. "Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. 

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

Sumber: Harian Metro




Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.