Monday, April 25, 2011

Susu merudum? Cuba Power Pumping

Susu merudum merupakan masalah yg mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Mengapa susu merudum terjadi? Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, bayi beralih bulan, growth spurts. Ketika growth spurts bayi selalunya akan minum atau makan lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.

Untuk membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu, para ibu boleh cuba

  • makan makanan seeimbang terutama yg tinggi protein, bijirin penuh, oatmeal
  • minuman berasakan barli
  • sayurang hijau gelap
  • pastikan air banyak diminum sepanjang hari
  • rutin mengepam ditingkatkan
  • ambil makanan penggalak susu seperti alfalfa
  • lakukan teknik power pumping




Mengapa power pumping
Power pumping adalah suatu teknik mengepam sama sahaja seperti mengepam biasa cuma kadarnya ditingkatkan untuk menyamai kekerapan bayi menghisap susu demi meningkatkan production susu

Bagaimana melakukan power pumping:
Double Pumping:10 minit pump, 10 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.
Single Pumping: 10 minit pump kiri, 10 minit kanan dan rutin diulang-ulang sehingga cukup 1 jam.

Hyperstimulation 
15minit pump, 15 minit rest dan rutin diulang-ulang sehingga 1-2jam

Kaedah power pumping lain

Waktu yang sesuai adalah tengah malam atau subuh ketika hormon prolaktin tinggi. Perlu sentiasa positif. Walaupun pada peringkat awal hasilnya sedikit, insyaAllah dengan usaha yg berterusan pengeluaran susu akan bertambah. Semoga anda yang mengadapi masalah susu merudum akan mencuba kaedah ini dan berjaya dengan izin Allah.


Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.

Ida Khairani
Shaklee2u.com

Reactions:

1 comments:

Antara faktor penyebab susu merudum adalah stress, datang bulan, kurang kalori, babi beralih bulan, growth spurt. Ketika growth spurt bayi selalunya akan minum lebih banyak dr biasa dan ibu merasakan susunya tak mencukupi untuk keperluan bayi.

P/s. salam, ada typo error kat atas tu..awk cek balik ya