Sekarang ni ramai sangat orang selsema dan batuk akibat cuaca yang tidak menentu. Ada juga yang tidak sesuai dengan aircond jenis tertentu. Pernah tak anda runsing bagaimana nak pulihkan anak yang demam dan batuk. Batuk menyebabkan dia tidak tahan akan suhu sejuk aircond, walhal dalam masa yang kita hendak menurunkan suhu badannya. Apa kata anda ikuti pengalaman ibu ini. Mungkin anda juga boleh melakukannya.
Mengapa ibu spend duit AirSource Mobile Air Purifier beli ini?
Abang Addin membesar dengan sangat hebat hasil susuibu. Badannya bulat dan bayangkan 5 bulan sahaja dah mencecah 10 kg. Masih ingat lagi ada yang menggelarnya humpty dumpty.....so ibu taknak abang Addin berisiko mengidap Athma memandangkan mamatok ada history itu....dan waktu tu ibu rajin ikut abah travel Miri KL sebab abah ada course....bila stay dalam aircond, memang chest mudah sejuk dan anak mudah diserang selsema dan batuk. So bila gunakan air purifier, aircond tidak menjadi masalah utama pernafasan. Sebab adakala bila stay kat hotel, aircond bangunan dari kawalan utama (guest tak boleh control) menjadi masalah utama. Alhamdulillah dengan adanya air purifier ni tiada masalah lagi.
Bila anak demam penggunaan aircond sangat digalakkan supaya panas dari dalam badan akan mengalir keluar. Maka ini tidak menjadi masalah bagi ibu sebab adanya penapis udara ini.
Sangat senang hendak dibawa ke mana-mana. Ianya juga dibekalkan dengan wayar untuk digunapakai di dalam kereta. Bagi mereka yang selalu menghabiskan banyak masa travelling dengan kereta, pasti adakala tidak selesa bila waktu hujan dan aircond menjadi kuat sehingga menjadikan kita sukar bernafas. Maka penapis ini sangat ideal untuk dibawa ke mana-mana.
Paling best, jika rumah terlalu berbau dengan bau masakan yang kuat seperti bau goreng ikan atau ikan masin, hanya pasangkan penapis udara ini, dalam beberapa minit bau masakan kuat tadi akan hilang. Ianya juga boleh dipasangkan dalam rak kasut atau bilik stor untuk seketika demi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
Sejak zaman Abang Addin baby .. ibu beli dan ianya bertahan sehingga hari ini. Tengok sahaja adaptornya yang berbalut dengan getah.....hahahaha. Sangat bertahan. Walhal kalau nak ganti adaptor boleh jek, baru RM30. InsyaALLAH dalam masa terdekat nak ganti adaptor baru.....
Bagaimana kos pengelenggaraan? Setakat ini, ibu tak gunakan 24 hours kecuali ibu terpaksa memasang aircond rumah 24 hours.So ibu menggantikan filternya setiap 2 atau 3 tahun sekali. Sangat jimatkan?
Ada yang bertanya berapa besar sebenarnya saiz penapis udara ini? Ibu cuma mampu menggambarkan dengan gambaran ini......
Comel kan? Ianya sangat ringan dan sangat berbaloi! Sehingga kini ia mampu bertahan. Ibu agak, umurnya adalah dalam 7 tahun hayatnya bersama ibu.
Baru-baru ini juga kami dapatkan lagi sebuah untuk bekalkan abah di offshore memandangkan aircond kat sana pun kuat terutama bilik tidur abah....so abah kata sangat selesa dan dia dapat tidur tanpa masalah pernafasan walaupun mengalami selsema.
Duit kita boleh usaha cari, tapi nilai kesihatan lebih mahal dari segala yang kita ada. Bila anak sakit selsema terutama yang melibatkan berkahak dan susah bernafas, hati kita pun mula gundah, kerja pun hati kita menjadi separuh kenangkan anak2 yang tak sihat. Itulah yang membuatkan ibu sanggup spend duit beli penapis udara ini. Mungkin sesetengah orang memandang ia satu yang remeh tapi harga satu paru-paru sangat lah mahal berbanding apa jua. Ibu cuba sebaik mungkin agar Addin dan Nasa dapat membesar dengan sihat dan bebas dari masalah semput atau athma. Mudah-mudahan ALLAH memberkati usaha ibu dan abah sehingga kalian besar.
Tahukah kawan-kawan. ianya adalah antara hadiah UTAMA untuk cabutan Durian Runtuh yang disediakan oleh GBS? Maka jika nak mencuba nasib, jom sertai Cabutan Durian Runtuh hari ini!
Credit
Dapatkan segera!!!
Jika anda berminat, boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.








0 comments:
Post a Comment