Monday, March 14, 2011

Makanan bayi yang patut dielak sebelum umur 1 tahun

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, makanan terbaik dan selamat utknya adalah susu ibu. Selepas itu susu perahan(ebm), susu dari ibu susuan dan keempat barulah susu formula.

Selepas usia mereka mengenjak ke usia 6bulan, bayi sudah boleh mengambil makanan solid seperti bubur nasi yg dikisar halus. Kemudian barulah buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ayam mengikut kesesuaian usia. Namun ibubapa perlu peka utk tidak memberikan makanan tertentu kepada bayi sebelum usia mereka 1 tahun utk mengelakkan alergi dan menjaga kesihatan bayi sendiri. Jadi, selain susu ibu yg terbaik, kita juga ada tanggungjawab utk menjaga pemakanan mereka dari sumber lain. Makanan yg tidak sesuai utk bayi sebelum setahun adalah:


GARAM
-kerana buah pinggang bayi belum terbentuk sempurna utk memproses kehadiran garam
-sebenarnya garam telah hadir dlm susu ibu dan sudah memadai utk keperluan bayi
-dikhuatiri boleh mengakibatkan penyakit, jika tidak hari ini, di hari tua kelak.

MADU
-dikhuatiri diserang infant botulism
-masalah yg disebabkan bakteria beracun yg dikenali sebagai clostridium botulism ini boleh membawa maut.

KEKACANG
-utk elak dari kemungkinan alahan
-utk elak dari tercekik

SUSU LEMBU
-bayi yg diberi susu lembu sepenuhnya tidak menerima vitamin E, zat besi dan asid lemak.
-bayi akan mendapat protein, sodium dan potasium berLEBIHAN hingga sukar diproses sistem tubuh bayi.
-protein dan lemak dr susu lembu sukar dihadam dan diserap oleh tubuh bayi

SUSU YANG TIDAK DIPASTEUR
-susu yg tidak dipasteur mungkin mengandungi bakteria berbahaya e-coli yg boleh sebabkan cirit birit.

BUAH-BUAHAN SITRUS
-cth oren, kiwi dan grapefruit boleh menyebabkan alergi bagi sesetengah bayi. Utk langkah berjaga-jaga, lambatkan utk diperkenalkan kpd bayi sehingga usianya setahun.

IKAN YANG TINGGI MERKURI
-cth ikan tuna, king makerel, yu dan marlin.
-yg selamat utk dicuba seperti salmon, sardin, ikan bilis, tilapia dan herring.

TELUR PUTIH
-pengambilan telur putih yg tinggi mempunyai risiko alergi.
-namun, telur kuning lebih selamat utk bayi walaupun sebelum usia sethn.









Sumber rujukan: pa&ma


Jika anda berminat dengan produk Shaklee boleh order di sini. Anda juga boleh terus ke cawangan Shaklee berdekatan anda dan menggunakan ID 846056 untuk pembelian pada harga ahli. Set2 trial pek tidak dijual dicawangan cuma online sahaja.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Reactions:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...